8.2 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Sistem maklumat adalah satu set komponen
yang dihubungkan antara satu sama lain untuk penerimaan, pemprosesan,
penyebaran dan simpanan data untuk menyokong proses kawalan dan membuat
keputusan di dalam organisasi. Ia juga sebagai kitaran proses mewujud aau
memperolehi maklumat, mengumpulkan maklumat daripada pelbagai bentuk, memproses
dan menukar maklumat yang diperoleh dan dikumpulkan dalam bentuk yang diingini.
Secara umumnya Sistem pengurusan Pembelajaran atau LMS digunakan untuk
menyeragamkan usaha pentadbiran, memudahkan dan memastikan anggota kakitangan
menerima program atau latihan yang sesuai serta membantu menguruskan bilik
darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan sumber-sumber yang diperlukan untuk
menyampaikan kursus dengan lebih efektif.
Pertama sekali, kepentingan sistem
maklumat dalam bidang pendidikan adalah perkongsian maklumat. Contohnya,
pelaksanaan sistem maklumat dalam satu rangkaian setempat membolehkan maklumat
ini dikongsi demi untuk kebaikan sektor pendidikan. Maklumat ini boleh
disunting dan dikeluarkan dengan cara yang mudah. Maklumat dalam pangkalan data
juga tepat dan sentiasa dikemaskini. Sistem Pengurusan Pembelajaran mampu
memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. Selain itu, sistem
maklumat meningkatkan kecekapan pihak sekolah. Fungsi – fungsi yang terdapat
pada sistem maklumat membolehkan pengguna sistem menjalankan tugas mereka
dengan lebih cekap. Contohnya, dalam menyiapkan sesuatu laporan, kewujudan
sistem maklumat dapat meningkatkan kualiti laporan yang dikeluarkan.
Penyimpanan rekod yang selamat juga salah satu kepentingan sistem maklumat
kerana kebiasaannya pangkalan data utama sistem maklumat disimpan di dalam
komputer pelayan. Penyimpanan maklumat secara berpusat ini merupakan cara
penyimpanan maklumat yang lebih selamat. Penyelenggaraan data juga dapat
dikawal dengan lebih rapi untuk menjamin keutuhan data.
Salah satu faktor penting mengapa LMS
dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap komunikasi pelajar-pelajar dengan
pensyarah di sesebuah universiti. Ia juga penting untuk menjadi medan
atau tempat mengadakan perbincangan kumpulan dan melibatkan penggunaan
bahan-bahan kursus yang lebih perlahan serta bersifat fesyen sendiri. Tambahan
pula, penggunaan LMS lebih menguntungkan kerana kos yang secara relatifnya agak
rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukam juga agak
sederhana.Tambahan pula, sistem pengurusan pembelajaran dapat mengurangkan kos
latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran
dengan mengurangkan perjalanan, kos penginapan, bekerja lebih masa, dan kos
pengajaran yang lebih rendah serta menyelaraskan pentadbiran program
latihan di setiap organisasi. Dengan ini , guru atau pensyarah dapat memasang
dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat tanpa membazirkan
masa.
LMS juga memainkan peranan di dalam
latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Sistem maklumat dalam bidang
perniagaan atau transaksi ialah satu sistem yang memproses data-data yang
diperolehi hasil daripada sesuatu transaksi atau urusniaga di dalam sebuah
perniagaan. Ia mempunyai 3 fungsi utama iaitu perakaunan menggunakan LMS untuk
menyimpan semua rekod transaksi organisasi dengan tepat. LMS bertujuan dalam
penjanaan dokumen pengeluaran dokumen perniagaan seperti invois, penyata
bulanan dan sebagainya. Di samping, laporan kawalan menggunakan LMS supaya
laporan yang dijanakan hasil daripada operasi pemprosesan transaksi dapat
mengawal operasi organisasi. Kelebihan
menggunakan sistem maklumat dalam bidang perniagaan ialah penjimatan kos
operasi. Dengan menggunakan sistem maklumat syarikat dapat menjimatkan kos
operasinya. Ia disebabkan melalui sistem maklumat, penggunaan seperti kertas
dan ruang pejabat dapat dikurangkan dengan banyak. Contohnya, ratusan maklumat mengenai
pelanggan, pembekal, pekerja dan pengedar hanya perlu disimpan di dalam sebuah
komputer berbanding sekiranya syarikat menggunakan sistem maklumat manual di
mana sudah tentu ia akan menggunakan satu bilik fail yang besar.
Dengan penggunaan sistem maklumat para
pelanggan jugaakan berasa mudah berurusan dengan syarikat terutama ketika
membuat pesanan. Sebelum ini pelanggan perlu datang sendiri ke kedai untuk
mendapatkan barang yang dikehendaki, namun, dengan adanya sistem
maklumat,pelanggan boleh melihat dan seterusnya membeli produk syarikat secara
dalam talian. Bukan
sahaja daripada itu, LMS juga membantu dalam penjimatan masa. Ia dapat
menjimatkan masa terutama dalam carian maklumat. Maklumat mengenai pembekal
mahupun pelanggan dapat dicapai dengan mudah dan pantas. Kelebihan yang
seterusnya menggunakan sistem maklumat dalam bidang perniagaan ialah risiko
yang dimaksudkan ialah kehilangan maklumat mengenai pembekal, pelanggan dan
pekerja yang merupakan asset paling bernilai bagi sesebuah syarikat. Penggunaan
sistem dapat membantu syarikat untuk membuat salinan ‘back-up’ bagi semua
maklumat yang ada di dalam syarikat.
Ulasan
Catat Ulasan