8.3 KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT




Related image

Kepentingan Sistem Pengurusan Maklumat

Sistem pengurusan maklumat atau Learning Management System (LMS) merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU yang mendatangkan pelbagai maslahat kepada para pelajar dan organisasi. LMS kini memainkan peranan yang dominan dalam pembelajaran era baru. Dalam transformasi pendidikan, satu sistem pengurusan maklumat yang sistematik dan cekap amat diperlukan untuk menguruskan maklumat seperti maklumat staf, maklumat pelajar, maklumat pembelajaran, maklumat sumber pendidikan dan maklumat perancangan dan penyelidikan. Persoalannya, apakah kepentingan sistem pengurusan maklumat kepada masyarakat?


Merenung sekejap memikirkan rasionalnya, salah satu kepentingan LMS adalah membenarkan perkongsian maklumat dalam sesebuah kumpulan yang besar terutamanya antara pelajar dengan pihak luar. Hal ini demikian kerana LMS telah memudahkan penyimpanan banyak jenis maklumat sama ada sekolah, universiti, Jabatan Pendidikan Negeri dan semua bahagian di Kementerian Pendidikan. Dengan menggunakan sistem ini, pihak sekolah dapat memperoleh maklumat pelajar dengan cepat jika berlaku hal kecemasan berbanding mencari maklumat secara manual. Pihak kementerian dan sekolah juga boleh memantau pencapaian dan pembelajaran pelajar secara jarak jauh melalui sistem ini agar prestasi pelajar sentiasa berada pada tahap yang terkawal. Penggunaan LMS turut dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti seseorang pekerja. Sistem ini telah menjimatkan masa dalam pelbagai aspek kerana maklumat yang hendak diperlukan dapat diperoleh dengan cepat dan maklumat itu tidak perlu ditaip semula. Oleh itu, sedikit masa sahaja yang diperlukan untuk pekerja menguruskan maklumat semua staf dan pelajar, secara tidak langsung meningkatkan produktiviti organisasi kerana tidak lagi diganggu oleh masalah pengurusan.

Selain itu, LMS memudahkan pelajar memperoleh maklumat pendidikan dengan cara yang mudah. Hal ini kerana LMS meyediakan satu platform pembelajaran secara atas talian, iaitu e-pembelajaran yang efisien bagi membolehkan pelajar mendapatkan maklumat pendidikan yang terkini sepanjang masa. Pelajar juga boleh meneroka ilmu baharu menerusi perpustakaan digital atau laman sesawang serta berkesempatan berbincang maklumat dengan pensyarah atau pakar yang berpengalaman dari universiti atau tempat lain menerusi emel atau blackboard. Dengan adanya LMS, semangat belajar dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan dan pelajar akan memberikan lebih tumpuan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran. Tambahan lagi, boleh dikatakan bahawa LMS telah meringankan kerja tenaga pengajar kerana sistem ini membolehkan mereka menyampaikan arahan, menghantar pengumuman dan berhubung dengan pelajar secara individu. LMS juga menyediakan satu penyimpanan data yang lebih selamat. Hal ini dapat membantu pengajar untuk menyimpan bahan kelas sama ada persembahan yang diadakan dalam kelas atau memudahkan salinan kedua bagi tugasan kelas dibuat dan disimpan di tempat yang selamat. Secara langsung, profesionalisme perguruan dapat  ditingkatkan.


Jika ditinjau dari perspektif yang lain, sistem pengurusan maklumat membolehkan pembelajaran dilakukan di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar dengan membolehkan pelajar merancang jadual pembelajarannya dengan lebih berkesan dan efektif. Kesannya, murid dapat menguruskan masanya dengan bijak dan mampu mengisi masa lapangnya dengan aktiviti yang berfaedah. Di samping itu, LMS berupaya menggalakkan perbincangan sesama rakan sekelas secara maya dilakukan untuk mengakses kepada bahan pembelajaran. Sementalahan itu, tidak dapat dinafikan bahawa LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif kerana kos latihan dapat dikurangkan melalui pelbagai cara. Satu sistem yang sistematik untuk menyelenggara sesuatu program dapat diwujudkan dengan adanya LMS kerana kesemua maklumat latihan dapat digabungkan ke dalam satu sistem. Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.



Ulasan

  1. As stated by Stanford Medical, It's indeed the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh on average 42 pounds lighter than we do.

    (And actually, it is not about genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING about "HOW" they eat.)

    BTW, What I said is "HOW", not "what"...

    Tap this link to determine if this brief questionnaire can help you decipher your true weight loss possibilities

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sistem Pengurusan Pembelajaran

8.2 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

8.1 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT