8.1 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Ciri-ciri
Sistem Pengurusan Maklumat
Learning Management System
adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang
menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk
para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Antara perkhidmatan yang disediakan
termasuk pengawalan capaian, persediaan kandungan pembelajaran kandungan
pembelajaran, alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan pengguna. Biasanya,
kita akan menggunakan internet melalui laman web universiti, institut atau
kolej untuk memperolehi e-pembelajaran. Penggunaan LMP dapat membantu kita yang selaku pelajar untuk
memudahkan pengurusan subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah
mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di
universiti, institut dan kolej berkenaan.
Mengikut American Society
for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai
ciri-ciri tertentu iaitu sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip
pembelajaran, dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia dan
berperanan mentadbir aktiviti pengajaran. LMS mempunyai kegunaan yang meluas
dari pelbagai segi. Contohnya, kita boleh menggunakan LMS untuk merancang
e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar, dan
mengesan status penggunaan pengguna.
Salah satu ciri utama LMS
ialah pengguna boleh meletakkan bahan kursus di atas talian. Butang untuk
memprogramkan sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus
yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan ‘power point
slides’ daripada kuliah telah disediakan oleh kebanyakan LMS. Pengajar dapat
mengesan kemajuan pelajar malalui ciri-ciri penilaian. Mereka juga boleh
memberi kuiz dan ujian di atas talian dan meletakkan gred pelajar dalam buku
gred di atas talian.
Seterusnya, LMS juga boleh
dijadikan sebagai papan berdiskusi. Interaksi antara pelajar dengan para
pengajar dapat diuruskan melalui forum, papan bulletin, emel dan chatroom dalam
LMS. Mereka boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung dikusi kuliah di
antara sesi kuliah yang formal. Selain itu, LMS mempunyai ciri menjadi alat
komunikasi lain. Tenaga pengajar boleh membuat pengumunan ke kelas dan
menghubungkan pelajar secara individu dengan mengaplikasikan LMS. Pelajar juga
boleh menghantar mesej dan notis di dalamnya. Mereka boleh menyimpan bahan
kelas sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat
salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat dengan kewujudan Lock box.
Selain itu, masa dan tempat
untuk melakukan pembelajaran adalah fleksibel. Hal ini membolehkan pelajar
menguruskan masa sendiri dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan
penggunaaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini
membolehkan pelajar boleh meneroka maklumat baru menerusi perpustakaansecara
digital atau laman web. Pelajar juga berpeluang untuk membincang dan berkongsi
maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universitI atau
mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel menerusi penggunaan LMS.
Di samping itu, ciri lain
LMS ialah LMS memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana LMS mempunyai peranan penting dalam kegiatan
akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan pentadbiran dalam dunia
pentadbiran. Perkhidmatan diri dan perkhidamatan kendiri berpandu digunakan
dalam LMS. Kita dapat memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat
dan tepat. Bukan itu sahaja, penggabungan kaedah latihan pada platform
berasaskan web yang berskala dapat dipermudahkan. LMS disesuaikan dengan
kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan serta menjadi sejenis
mudah alih sokongan dan standard. Sehubungan dengan ini, perjumpaan kelas yang
tidak berjadual dan kelas pendidikan jarak jauhmelalui media lain akan
ditingkatkan. Perisian ini dapat menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam
bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
Ulasan
Catat Ulasan