8.1 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat Learning Management System adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pengawalan capaian, persediaan kandungan pembelajaran kandungan pembelajaran, alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan pengguna. Biasanya, kita akan menggunakan internet melalui laman web universiti, institut atau kolej untuk memperolehi e-pembelajaran. Penggunaan LMP dapat membantu kita yang selaku pelajar untuk memudahkan pengurusan subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej berkenaan. Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu sistem yang boleh menyokong pelbagai pri