8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran
Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat
Learning
Management System adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan
sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara
atas talian untuk para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Antara
perkhidmatan yang disediakan termasuk pengawalan capaian, persediaan kandungan
pembelajaran kandungan pembelajaran, alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan
pengguna. Biasanya, kita akan menggunakan internet melalui laman web universiti,
institut atau kolej untuk memperolehi e-pembelajaran. Penggunaan LMS dapat membantu
kita yang selaku pelajar untuk memudahkan pengurusan subjek-subjek setiap
semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran
sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej berkenaan.
Mengikut
American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP
perlu mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu sistem yang boleh menyokong pelbagai
prinsip pembelajaran, dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
dan berperanan mentadbir aktiviti pengajaran. LMS mempunyai kegunaan yang
meluas dari pelbagai segi. Contohnya, kita boleh menggunakan LMS untuk
merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar,
dan mengesan status penggunaan pengguna.
Salah
satu ciri utama LMS ialah pengguna boleh meletakkan bahan kursus di atas talian.
Butang untuk memprogramkan sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan
bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan
dan ‘power point slides’ daripada kuliah telah disediakan oleh kebanyakan LMS.
Pengajar dapat mengesan kemajuan pelajar malalui ciri-ciri penilaian. Mereka
juga boleh memberi kuiz dan ujian di atas talian dan meletakkan gred pelajar
dalam buku gred di atas talian.
Seterusnya,
LMS juga boleh dijadikan sebagai papan berdiskusi. Interaksi antara pelajar
dengan para pengajar dapat diuruskan melalui forum, papan bulletin, emel dan chatroom dalam LMS. Mereka boleh berdiskusi mengenai
pembacaan dan menyambung dikusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal.
Selain itu, LMS mempunyai ciri untuk menjadi alat komunikasi lain. Tenaga
pengajar boleh membuat pengumunan ke kelas dan menghubungkan pelajar secara individu
dengan mengaplikasikan LMS. Pelajar juga boleh menghantar mesej dan notis di
dalamnya. Mereka boleh menyimpan bahan kelas sama ada persembahan yang akan
diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di
tempat yang selamat dengan kewujudan Lock
box.
Selain
itu, masa dan tempat untuk melakukan pembelajaran adalah fleksibel. Hal ini
membolehkan pelajar menguruskan masa sendiri dengan lebih berkesan dan
produktif. LMS melibatkan penggunaaan kos secara efektif. Pembelajaran secara
efektif melalui talian ini membolehkan pelajar boleh meneroka maklumat baru
menerusi perpustakaansecara digital atau laman web. Pelajar juga berpeluang
untuk membincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang
berpengalaman dari universitI atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan
emel menerusi penggunaan LMS.
Di
samping itu, ciri lain LMS ialah LMS memusatkan strategi pembelajaran dan
pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana LMS mempunyai peranan penting
dalam kegiatan akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan
pentadbiran dalam dunia pentadbiran. Perkhidmatan diri dan perkhidamatan
kendiri berpandu digunakan dalam LMS. Kita dapat memasang dan menyampaikan inti
pembelajaran dengan cepat dan tepat. Bukan itu sahaja, penggabungan kaedah
latihan pada platform berasaskan web yang berskala dapat dipermudahkan. LMS
disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan
serta menjadi sejenis mudah alih sokongan dan standard. Sehubungan dengan ini,
perjumpaan kelas yang tidak berjadual dan kelas pendidikan jarak jauhmelalui
media lain akan ditingkatkan. Perisian ini dapat menyelia kerja-kerja pelatih
dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
Ulasan
Catat Ulasan